Playstation 4 Murah Di Malaysia

playstation 4 murah

Anda mencari Sony Playstation 4 murah di Malaysia? Tapi tak tahu mana nak cari kedai yang jual Playstation 4 yang boleh dipercayai dan dijamin play station 4 yang original? Kami di MrsJamal boleh bantu.

Berbaloi ke beli Playstation 4 ?

Mengikut kajian dan perbandingan yang dijalankan oleh GamesRadar.com , PS4 adalah console game yang lebih baik berbanding Xbox One. Ini kerana PS4 adalah lebih baik berbanding segala ciri yang mereka kaji, seperti graphics, Sound, performance dan juga game yang boleh dimain oleh kedua-dua console ini.

Selain dari itu, Sony juga terkenal dengan sifat membiarkan satu console itu dengan lama. Ini bermakna, anda tidak perlu takut kerana PS 5 masih jauh lagi dari segi development.

Harga Playstation 4 di Malaysia

Berbanding negara lain, harga PS4 adalah lebih murah di Malaysia. Berdasarkan senarai harga rasmi yang dikeluarkan Sony , Malaysia adalah yang termurah, termasuk Singapore, Indonesia dan lain-lain.

Di Malaysia, harga yang biasa dilihat adalah antara RM1200 hingga RM1800 untuk unit baru dan juga original. Ada juga yang menjual antara harga 900-1000, tetapi tidak dijamin kualiti atau tahap original PS4 tersebut.

Mana Nak Beli Playstation 4 Original ?

Kami di MrsJamal.com telah bekerjasama dengan Lazada untuk memberikan pelawat laman web kami produk Playstation 4 yang terbaik dan original.

Untuk melihat link kami, sila klik untuk model PS4 yang diminati di bawah.

PS4-white PlayStation4-Black

Tips Bermain Pokemon Go Di Malaysia

Pokemon Go Di Malaysia

Pokemon Go baru sahaja release di Malaysia beberapa hari lepas. Dilihat keterujaan PokeMaster di Malaysia membuak-buak bagi menangkap binatang kesayangan mereka (kami masih mencari Pikachu).

Jadi kami ingin kongsikan tips-tips untuk bermain dan  supaya anda boleh dapat menangkap lebih banyak Pokemon, mungkin boleh membantu anda menangkap Pokemon yang lebih power.

Item / Barang dalam Pokemon Go

pokemon-go-items

1. PokeBall – Digunakan untuk menangkap Pokemon. Tekan Poke Ball pada skrin phone anda dan lihat bulatan di Pokemon tersebut (Hijau – senang untuk ditangkap, Kuning – sederhana susah, Merah – sangat susah) dan tolak jari anda ke atas, kemudian lepaskan jari anda apabila anda mencapai tahap yang anda rasa mungkin akan sampai ke Pokemon tersebut. Ini memerlukan sedikit praktis bagi menjadi mahir. Ada 2 jenis Poke Ball lagi iaitu Great Ball dan Ultra Ball, tahap kesukaran akan berkurangan bergantung kepada jenis Poke Ball yang akan anda gunakan.

2. Camera – Untuk menangkap gambar Pokemon tanpa ada tulisan paparan di smartphone anda. Ciri menarik game Pokemon Go ini yang membolehkan anda menangkap gambar pokemon dan juga persekitaran sekeliling melalui cara AR (Augmented Reality).

3. Egg – Telur Pokemon yang boleh menetas (gunakan Egg Incubator) setelah anda berjalan sejauh 1, 2, 5, atau 10 kilometer, tahap “Rare” Pokemon yang akan menetas adalah bergantung kepada jarak yang perlu anda berjalan. Jangan cuba menetaskan Egg dengan menaiki tren LRT, ERL, ETS, atau KTM Senandung Langkawi, menunggang basikal atau motorsikal, memandu kereta ataupun bas dan juga lori treler mahupun van jenazah, ini kerana aplikasi Pokemon GO tersebut akan mengesan yang anda bukannya berjalan kaki. Hati-hati kerana anda akan dapat “Soft Ban” dan anda tidak boleh menangkap Pokemon selama lebih kurang 4 jam.

4. Incense – Item ini jika digunakan akan menarik perhatian lebih banyak lagi Pokemon liar kepada anda, GUNAKAN SEMASA BERJALAN KAKI SAHAJA, JANGAN GUNAKAN SAMBIL MENAIKI KENDERAAN jika tidak anda tunggu panggilan maut “Soft Ban” nanti. Saya sarankan ianya digunakan setelah anda mencapai Level 15 dan ke atas.

5. Lucky Egg – Telur Bertuah ini akan memberikan 2 kali ganda EXP (Experience Point) kepada anda, gunakan setelah mencapai Level 15 dan ke atas.

6. Lure Module – Ini adalah Item yang sangat penting kepada semua pemain Pokemon GO, gunakan Lure Module ini di Pokestop yang mungkin ramai orang akan berada di situ, contohnya seperti di Taman KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Putrajaya atau “Landmark” lain, ianya akan menarik perhatian lebih banyak lagi Pokemon liar di sekitar Pokestop tersebut, orang lain juga dapat menikmati kelebihan tersebut walaupun ianya diletakkan oleh orang lain. YANG PALING PENTING JANGAN KEDEKUT NAK GUNA LURE MODULE, setiap kali naik Level anda akan dapat lagi Lure Module, guna sama-sama, tangkap sama-sama, Lure Module digunakan sepenuhnya di Central Park, New York, dan semua orang dapat tangkap Pokemon bersama, tak susah bukan?

7. Revive & Max Revive – Untuk menghidupkan kembali Pokemon yang pengsan akibat kalah teruk ketika bertarung di Gym, Revive akan menghidupkan Pokemon anda dengan bekalan nyawa yang sedikit manakala Max Revive akan menghidupkan Pokemon anda dan memenuhkan bar nyawa Pokemon anda.

8. Potion – Memenuhkan bar nyawa Pokemon anda sebanyak 20 HP (Health Point), Super Potion – memenuhkan sebanyak 50 HP, Hyper Potion – Memenuhkan sebanyak 200 HP, Max Potion – Memenuhkan sepenuh-penuhnya.

9. Razz Berry – Gunakan Item ini ketika anda menghadapi kesukaran untuk menangkap Pokemon, Razz Berry akan membantu merendahkan tahap kesukaran tersebut, contohnya dari bulatan merah menjadi bulatan kuning.

10. Pokemon Candy – Ada banyak jenis Candy, antaranya adalah Pikachu Candy, Magikarp Candy, Dratini Candy, Zapdos Candy, dan pelbagai lagi jenis Candy. Ianya digunakan untuk Power Up (Menaikkan CP iaitu Combat Power) dan juga untuk Evolve (mengevolusikan Pokemon tersebut), selalunya Candy tersebut adalah berdasarkan Evolusi Pertama Pokemon tersebut, anda perlu mengumpul mengikut jumlah yang ditetapkan. Contohnya seperti Eevee ke Jolteon, Vaporeon, Flareon, anda memerlukan 25 Eevee Candy manakala Magikarp ke Gyarados anda memerlukan sebanyak 400 Magikarp Candy.

Tips & Tricks Main Pokemon Go :
– tekan jari anda pada Pokeball tanpa lepaskan jari anda dan pusingkan jari anda dan anda akan dapat Pokeball akan berputar dan menjadi ‘curve ball’ . Pokemon kemudian lepaskan ke arah Pokemon tersebut, ianya akan memberikan peluang yang lebih baik supaya Pokemon tersebut berjaya ditangkap oleh anda.

– anda boleh join Team Instinct atau Yellow (YANG POWER GILA TU), Team Valor atau Red (Taknak kutuk sebab taknak berpuak), dan juga Team Mystic atau Blue (Taknak kutuk jugak sebab kita semua kawan kan) apabila anda mencapai Level 5, hanya pergi sahaja ke mana-mana Gym dan anda boleh pilih Team anda, pilihlah Team yang betul iaitu Instinct ecewahhh.

-Jikalau terjumpa PokeStop yang terdapat Lure diaktifkan, lepak dulu kat situ. Collect segala pokemon yang boleh.

– sebelum Evolve pastikan CP Pokemon anda lebih kurang CP400 ke atas untuk hasil evolusi yang terbaik, jangan menyesal kalau anda dapat hasil evolusi dengan CP yang rendah hanya kerana kecuaian anda, yelah mesti penat kumpul Candy lepas tu dapat CP rendah pfftt confirm kalah merata.

Tips Kahwin : Pilih Katering Perkahwinan

Katering kahwin murah

Sebab seorang kawan MrsJamal.com akan berkahwin minggu ini, dan kami menolong beliau dari segi persiapan, jadi kami mengambil peluang ini untuk kongsikan ilmu yang kami dapati sepanjang membantu beliau dalam persediaan perkahwinan beliau. Perkara yang terpenting sekali, KATERING !

Kali ini kami nak kongsikan cara memilih katering yang kawan kami pilih untuk digunakan untuk majlis kahwin beliau. Macam yang semua orang tahu, makanan menjadi perkara terpenting kedua selepas pasangan pengantin . Hehe. Jangan jadikan tips yang dikongsikan ini sebagai sesuatu yang penting, tetapi jadikan ia guideline untuk anda memilih pakej katering dan syarikat katering yang bersesuaian dengan majlis anda.

Antara tips memilih katering adalah;

Siasat Facebook Syarikat Katering

Di zaman Facebook dan media sosial sekarang ini, amat mudah mencari maklumat berkaitan sesuatu perkara yang anda inginkan. Pastikan anda menjalankan sedikit siasatan ala-ala Detective Conan keatas syarikat katering yang anda pilih.

Selalunya akan terdapat stars atau rating untuk page-page business di Facebook. Jikalau syarikat katering yang anda sedang siasat itu hanya mempunyai kurang dari 2 star, baik berjaga-jaga. Untuk lebih lanjut, buka komen yang ditinggalkan orang di Facebook page tersebut, anda akan mendapat gambaran sebenar sama ada dari pelanggan mereka atau tetamu yang pernah merasa hasil masakan syarikat katering terbabit.

PENTING! Pastikan anda siasat dengan betul, kerana kadang-kadang page terbabit adalah baru dan kurang mendapat like atau review. 🙂

Pilih Pakej Katering Terbaik

Duduk sebentar dan fikir dengan mendalam berkaitan jumlah bajet katering anda. Pastikan anda mendapat anggaran yang tepat berkaitan jumlah tetamu yang akan datang. Selain membolehkan anda menyediakan bajet secukupnya, anda juga boleh deal harga pakej katering yang murah dan menarik apabila anda menjemput lebih ramai orang. Anda akan mempunyai leverage sedikit sekiranya anda menjemput lebih ramai orang. Ini boleh digunakan untuk memurahkan harga per kepala katering yang anda pilih.

Selain dari itu, anda perlu tanya kawan-kawan yang pernah menggunakan satu-satu syarikat katering atau pakej katering di tempat anda. Ini kerana, mereka mungkin berpengalaman dari segi harga dan rasa makanan terbabit. Pakej katering murah bukan menjadi pilihan utama kita, tetapi harga yang berbaloi untuk makanan yang sedap.

Untuk anda lihat pakej katering yang murah di Selangor, atau di Kuala Lumpur, boleh layari laman web http://senarai-katering.com untuk info lebih lanjut.

Lokasi Syarikat Katering

lokasi syarikat katering

Anda perlu mencari caterer yang berdekatan dengan rumah anda ataupun tempat majlis anda akan dilakukan. Amat kurang bijak sekiranya anda perlu khidmat katering di Rawang, tetapi mengambil katering di Cyberjaya, katering di Putrajaya, pakej katering di Shah Alam atau sebagainya. Bukan apa, jikalau anda perlu pertukaran apa-apa berkaitan majlis anda, mudah untuk anda dan juga pihak katering.

Selain dari itu, ia akan memudahkan anda untuk berurusan pada awal proses pemilihan pihak katering. Anda juga mungkin akan dijemput untuk menu tasting kerana duduk berdekatan.

Soal Siasat Syarikat Katering

Anda sudah mempunyai penyedia khidmat katering yang anda ingin gunakan untuk majlis anda? Bagus. Anda ajak wakil dari syarikat katering tersebut untuk berjumpa dengan anda, supaya anda boleh bertanya perkara-perkara yang lebih rumit dan juga bertanya soalan-soalan yang perlu.

Antaranya, jikalau makanan habis, adakah mereka akan tambah? Sampai pukul berapa mereka akan ada? Berapa jumlah pekerja katering yang mereka akan bawa? Dan sebagainya.

Tip Memilih Katering Kahwin

Last sekali, kami ingin mencadangkan satu website yang mudah untuk anda mencari pakej katering di Malaysia ni. Senarai-katering.com adalah satu laman web dimana mereka akan review servis syarikat katering yang terdapat di KL dan Selangor. Mereka akan mengambil kira pandangan orang yang pernah ke majlis kahwin yang menggunakan khidmat katering tersebut dan juga orang ramai.

Jikalau anda mencari review syarikat katering di kawasan anda, anda boleh ke Pakej Katering di Selangor atau Pakej Katering di Kuala Lumpur

 

Harap beberapa tips perkahwinan dan katering di atas dapat membantu sedikit sebanyak dalam penyediaan majlis kahwin anda nanti. Semoga majlis anda akan meriah dan cantik seperti video dibawah 🙂

 

Review Filem Kabali Lakonan Rajinikanth

Ini adalah pengalaman pertama kami di MrsJamal.com menonton filem tamil di panggung wayang. Selalunya tunggu download atau tak tengok terus. Tetapi kerana ini adalah filem terbaru Rajinikanth, kami ingin memberikan penghormatan tertinggi kepada superstar itu. Seperti yang ditulis di dalam entry sebelum ini tentang filem Kabali, kami telah pergi dan menonton cerita ini selepas post terbabit dipublish. Kami akan kongsikan pengalaman kami menonton film ini, kami tidak akan meletakkan SPOILER di dalam review filem Kabali ini.

poster filem kabali

Pada percubaan pertama kami untuk mendapatkan tiket wayang, kami telah gagal. Disebabkan oleh kebanyakan wayang yang berdekatan dengan tempat kami telah sold out dan kami tidak ingin pergi jauh disebabkan hari keesokannya adalah hari kerja bagi kami semua. Bayangkan kuasa thalaiva apabila wayang yang ditempat yang majoritinya kaum Cina juga sold out. Kami tergamam dengan impak yang diterima dalam filem arahan Pa Ranjith ini.

Tetapi kami telah berjaya mendapat tiket untuk hari kedua tayangan filem tersebut di Malaysia. Ada kawan kami yang bertanya, “Kenapa tak tunggu Kabali versi bahasa melayu 29 Julai nanti? ” . Kami jawab yang kami tidak ingin menonton filem Doraemon. Maksudnya adalah, menonton filem alih bahasa dari tamil ke bahasa melayu ini akan menjadi kurang menyengat. Amat pelik apabila melihat pergerakan mulut dan bahasa yang dilontarkan berlaku sedikit lag atau perbezaan masa disitu. Kami inginkan dialog 100% yang disampaikan oleh Rajnikanth walaupun kami tidak faham bahasa Tamil.

Sampai sahaja di panggung wayang GSC di One Utama, kami lihat majoriti orang yang sedang menunggu showtime 12 tengah malam itu adalah berbangsa India. Boleh dikatakan 90% adalah kaum India dan selainnya adalah campuran sama ada Melayu, Cina dan lain-lain. Disini kami lihat pengaruh hebat pelakon yang nama sebenarnya adalah Shivaji Rao Gaekwad, yang mampu menarik pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat untuk menonton filem lakonan beliau.

Kerana ini adalah pengalaman pertama kami menonton wayang filem Tamil, kami tidak tahu apa yang hendak dijangkakan. Sebelum ini, kami tengok di youtube yang penonton warga India ini suka berbuat bising, tepuk tangan dan sebagainya apabila menonton wayang. Tetapi jangkaan kami meleset sama sekali, penonton semua bersifat profesional dan enjoy the movie. Cuma sekali sekala akan kedengaran mereka bersorak dan bertepuk tangan apabila aksi yang ditayangkan adalah menarik. Kami pon join sekaki. Paling kuat kami bersorak apabila Rajnikanth berbahasa Melayu. Memang superb!

Okay. Di bawah ini kami berikan pandangan kami tentang filem Kabali.

Jalan cerita yang berbeza dengan film Rajinikanth sebelum ini

superstar rajnikanth

Tiada banyak dialog-dialog ikonik yang ditonjolkan di dalam filem kali ini. Untuk filem Rajnikanth, biasanya akan ada beberapa dialog yang akan terngiang-ngiang di telinga dan fikiran penonton dan peminat beliau. Kali ini cuma satu ayat ringkas yang dijadikan main phrase superstar di dalam filem ini. ‘Magizhchi’ yang membawa maksud bergembira atau nice. Ini ayat yang dijadikan sebagai catchphrase filem ini.

Jikalau seperti filem Baashha, Sivaji The Boss dan juga Muthu, kita boleh menjangkakan jalan cerita yang bakal dihidangkan kepada penonton. Dimana beliau akan menjadi ketua kepada orang awam, kemudian akan dijatuhkan dan akhir sekali akan bangun semula membela rakyat. Ini adalah resipi biasa bagi filem Rajni . Tetapi untuk Kabali, jalan cerita yang ditonjolkan jauh berbeza dari ‘kepompong’ cerita biasa thalaiva ini. Biasanya beliau tidak akan bersifat ganas, tetapi sedikit pengasih atau pengampun didalam cerita lakonannya. Tetapi kali ini, beliau lebih bersifat merciless dan bersifat Mafia. Beliau akan terus membunuh mereka yang patut dibunuh. Satu udara segar dalam lakonan beliau.

rajni swag

Sifat “Style” atau swag yang sering dikaitkan dengan setiap watak lakonan Rajnikanth juga kekurangan di dalam filem ini. Untuk filem ini, Rajini mengenakan pakaian kot sepanjang filem. Hanya sekali dua sahaja aksi beliau akan disertakan dengan bunyi bagi menguatkan lagi style persona beliau. Tidak untuk filem-filem beliau sebelum ini.

80% Filem ini adalah di Malaysia

Ini yang membuatkan kami suka filem ini. Ia serba sedikit lihat sebagai sebuah filem Malaysia, bukan filem India. Dengan kebanyakan lokasi di Malaysia seperti Melaka, Kuala Lumpur, Kepong dan Selayang, ia juga disertakan dengan lakonan beberapa pelakon tempatan seperti Rosyam Nor dan Zack Taipan.

Scene dimana orang Melayu ditemuramah atau berdialog dalam filem ini membuatkan lagi kami menghargai filem ini. Amat bangga apabila filem India menonjolkan negara Malaysia dan juga Bahasa Melayu. Seperti yang kami katakan tadi, Rajinikanth cakap bahasa melayu ! Power!

Aura Rajinikanth tidak pudar

rajnikanth kabali swag

One word. SWAG!

Dari saat pertama superstar muncul ke screen, kita tidak dapat menafikan aura yang dibawa oleh beliau. Bagaikan mengalir dari skrin, setiap penonton terpaku dan terpana dengan aura lakonan beliau. Walaupun pelakon berusia 65 tahun, tetapi masih mantap dan menghiburkan.

Terlalu banyak cerita dalam masa yang singkat

Tidak semuanya bagus di dalam filem ini. Kami tidak akan menyembunyikan fakta ini. Jalan ceritanya yang perlahan menjadi masalah pertama baginya. Selain dari itu, banyak watak yang dibawa ke layar, dan tanpa banyak penerangan tentang karakter yang penting. Bagaikan semua watak tersebut tidak mempunyai back story sendiri.

Selain dari itu, terdapat beberapa scene dimana kami rasa jump atau peralihan scene adalah sedikit kasar. Tidak sepatutnya berlaku untuk filem bertaraf ini dan dibintangi oleh bintang gergasi ini.

Berapa bintang untuk Kabali?

Kami mempunyai perasaan bercampur baur untuk memberikan markah atau bintang untuk filem ini. Ini kerana, ia sedikit sebanyak lari jauh dari apa yang kami jangkakan untuk filem Rajinikanth, tapi pada masa yang sama, ia adalah udara segar yang disuntik oleh pelakon tersebut dan juga pengarah filem.

Tetapi tidak dinafikan cerita Kabali ini menghiburkan. Cuma kelemahan filem ini sedikit sebanyak membantutkan cerita yang sepatutnya hebat. Mungkin kelemahan pengarah baru yang diberi tanggungjawab mengarahkan cerita sehebat ini.

Jadi sebagai memenuhi permintaan kami untuk memberi markah filem, kami akan memberi 6 dari 10 bintang.

6/10 !

 

Bawah ini adalah lagu tema filem Kabali, bagi kami, lagu ini mampu menyampaikan aura atau power of rajinikanth dalam bentuk lagu. Membara!

Kabali : Filem Rajinikanth yang terbaru

Kabali Rajinikanth Malaysia
Filem Kabali

Tengok gambar diatas ni, siapa yang tak kenal beliau? Superstar Rajinikanth muncul kembali dengan filem terbaru bertajuk Kabali. Setelah lama menunggu, kali ni muncul dengan filem yang membuat impak besar di dunia internet baru-baru ini.

Hype cerita Kabali ni membuat kami di mrsjamal.com tidak sabar hendak menonton sendiri lakonan thalaivar ini. Tiket dah dibeli untuk showtime pukul 12.00 AM di GSC One Utama. Harap-harap dapat sampai awal dan beratur beli popcorn. Hehe.

Filem berdurasi 2 jam 30 minit ini atas director Pa. Ranjith ini menjanjikan aksi dari awal sampai ke penghujung cerita. Buat masa ini, kami di MrsJamal.com tidak membaca apa-apa review demi nak menjaga hype kami dan mengelakkan spoiler dari review-review filem yang ada sekarang ini. Ia dibintangi oleh Rajnikanth, Radhika Apte, Dinesh, Kalaiyarasan, Dhansika, John Vijay, dan paling rare sekali dari Malaysia, Rosyam Nor!

Diharapkan lakonan layar perak dari Rajinikanth kali ini tidak menghampakan seperti filem beliau yang sebelum ini. Walaupun kami tidak tengok di wayang, tapi tetap terasa kebosanan dan kehambaran cerita Enthiran .

Paling menarik sekali, filem Kabali menjadi filem India pertama yang akan dialih suara ke Bahasa Melayu di Malaysia. Selain menampilkan Rosyam Nor, filem ini juga dialih bahasa dan juga soundtrack filem ini. Mengikut telinga kami, Bandi Amuk menyanyikan lagu utama filem ini.

Ini sedikit sinopsis dari laman web cinema.com.my

Seorang gangster di Chennai, Kabaliswaran, cuba menyelamatkan dan melindungi buruh-buruh India yang bekerja keras untuk terus hidup di negara-negara Asia Tenggara.

Mengikut sinopsis yang ringkas ini, kami dapat merangkumkan cerita India ini sama seperti filem-filem Rajinikant sebelum ini. Dimana beliau akan membela nasib mereka yang kurang bernasib baik ini dan kemudian menjadi ketua bagi mereka. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Kita tunggu dan lihat 🙂

Mengikut kajian kami, filem Kabali dalam Bahasa Melayu akan mula ditayangkan 29 Julai 2016 ini. Jadi, kepada sesiapa yang tidak minat untuk membaca subtitle, anda boleh tunggu tarikh ini untuk menonton filem ini dalam bahasa sepenuhnya.

Dibawah ini adalah trailer rasmi filem Kabali yang telah mendapat lebih 27 Juta views dalam masa 2 bulan! Enjoi!

Untuk baca review filem Kabali, boleh baca disini .

 

Anda Mencari Beg Hiking Murah ?

beg hiking murah Malaysia
Hiking di Malaysia

Trend kebelakangan ini (antara 2013-sekarang), aktiviti outdoor menjadi kegilaan segelintir remaja Malaysia. Antara aktiviti outdoor yang menjadi pilihan utama adalah hiking dan juga camping di Malaysia. Kalau sebelum ini antara mereka suka travelling atau pergi holiday (saya pon suka jugak ni :P) secara santai, sekarang mereka telah cuba aktiviti luar yang lebih mencabar sedikit. Ataupun mereka mencari Pokemon di luar negara kerana di Malaysia tiada. Haha. Selain harga yang murah (bergantung kepada tempat), ia juga menjadi satu hobi yang memberi kesan positif kepada kesihatan, sama ada kesihatan fizikal atau mental.

Bila anda terlibat dengan aktiviti seperti ini, anda perlu mengeluarkan sedikit modal atau wang untuk menjadikan hobi hiking atau mendaki gunung ini sedikit berbaloi dan menyenangkan anda. Kita semua tahu bahawa camping atau hiking sekitar Malaysia ini memerlukan ketahanan badan yang tinggi disebabkan kawasan tinggi atau berbukit yang ingin dituju.

Barang yang paling penting didalam aktiviti seperti ini adalah beg atau backpack. Beg hiking menjadi terpenting disebabkan fungsinya yang amat besar ketika di dalam perjalanan hiking anda. Ia membawa barang anda seperti sleeping bag, khemah camping dan sebagainya. Jadi, anda perlu memikirkan dengan mendalam untuk mendapatkan beg hiking yang sesuai. Ia akan menjadi pilihan terbaik anda atau pilihan terburuk anda untuk memulakan hobi hiking atau mendaki anda.

Jenama Beg Hiking

Beberapa syarikat besar dari US telah menjalankan kajian ke atas aktiviti outdoor ini. Tetapi syarikat mana yang terbaik di dalam pembuatan beg hiking ini?

Walaupun senarai dibawah hanya memaparkan tiga jenama beg hiking yang terbaik sahaja, tetapi ia menunjukkan kualiti mereka, kerana banyak jenama beg yang terdapat di dunia pendakian ini. Tetapi, tiga ini akan menjadi sebutan para campers di seluruh dunia.

Senarai Jenama Beg Hiking Terbaik

  1. Deuter
  2. Karrimor
  3. Osprey

Jikalau anda bertanya kepada mereka yang berpengalaman dalam hiking ini, anda akan tahu bahawa tiga backpack brands diatas menjadi pilihan mereka untuk beg sandang yang mereka beli. Ini kerana, mereka telah merasa membawa beg yang biasa-biasa sahaja dan seterusnya membeli beg berjenama seperti diatas dan rasai perbezaannya yang ketara.

Cara Beli Beg Hiking Online

Membeli barang secara online memang agak memeningkan dan kadang kala menakutkan kerana kita takut jikalau tersalah beli (tidak ikut saiz, kecil, atau sebagainya) tidak boleh dikembalikan wang dan kita akan rugi disitu. Dibawah ini satu video yang menunjukkan perbezaan saiz beg hiking yang terdapat di luar sana. Bukan video dari saya, tetapi saya letakkan subtitle untuk orang Malaysia berbahasa melayu boleh faham 🙂

 

Mana Nak Cari Beg Hiking Murah ?

beg hiking malaysia
Ringgit Malaysia

Beg deuter berharga dari RM200 – RM XXXX . Maksudnya boleh mencecah harga ribuan ringgit. Bergantung kepada jenis dan juga capacity bag tersebut. Kenapa mahal? Disebabkan jenama mereka yang dah kukuh dalam industri hiking ini, bag mereka juga berkualiti dan bersesuaian dengan pelbagai aktiviti selain dari camping.

Tetapi tidak bermakna tiada pilihan untuk anda dapatkan beg hiking murah, anda boleh mencari ori copy atau grade yang lebih rendah lagi. Beg deuter atau karrimor yang dibuat di Vietnam, tetapi mempunyai kualiti yang hampir sama dengan original.

Anda boleh melihat senarai hiking bag seperti beg deuter, beg karrimor , beg hypergear dan beg osprey di laman web di bawah ini. Klik sahaja di banner untuk melihat beg hiking yang ditawarkan.

promosi barang

 

 

Pokemon Go Di Malaysia ?

pokemon go malaysia

UPDATE 7-8-2016 : Pokemon Go sekarang sudah boleh dimain di Malaysia. Untuk Android boleh download disini, untuk iOS boleh download disini . Enjoy tangkap pokemon di Malaysia! Team Instinct !

UPDATE 2 : Jikalau anda mencari tips bermain pokemon Go, sila baca post terbaru kami bertajuk Tips Main Pokemon Go Di Malaysia .

Fenomena Pokemon Go Malaysia

Ramai yang menantikan kedatangan Pokemon Go di Malaysia. Ada yang tak sabar nak main game pokemon di android ini sampai sanggup download version yang tak compatible dengan Malaysia ni. Memang tak jumpa la apa-apa pokemon pon. Haha Buat masa ni pun, hanya di beberapa negara je yang dah ada PokemonGo ni. Antaranya, New Zealand, US dan beberapa negara jer lagi. So, untuk Malaysia yang nak main game pokemon ini , perlu bersabar sikit. Laman web rasmi Pokemon boleh dilayari DI SINI .

Kalau gatal tangan jugak,boleh beli mainan Pokemon atau boleh la pegi main Pokemon game dulu, macam Pokemon Trading Card (pokemon TCG) , Pokemon Red, Pokemon Blue atau yang lain-lain.Tapi apakah sebenarnya Pokemon Go ni?

Cara Main Pokemon Go

Video ni boleh bagi explaination sikit macam mana nak main pokemon go ni. Tapi dilarang untuk tengok dibawah bagi mereka-mereka kaki gamer Malaysia ni yang tidak mempunyai sifat sabar yang tinggi. Takut meroyan pulak nanti.

Yang menariknya, kita boleh cari Pokemon monster yang kita nak ni di dunia nyata! Tak sabar pulak rasa nak kumpul Pikachu, psyduck, Charizard, MewTwo, Blastoise, Barbasaur dan lain-lain.

Dah kumpul banyak-banyak nanti, boleh dah battle pokemon ni. Memang macam game pokemon yang sebelum ni, cuma di dunia nyata. Come on Nintendo! Bring the game to iOS and to Malaysia faster please!

Oh, lupa pula nak cakap, boleh pegi PokeCenter atau pegi Gym untuk dapatkan badge. Selain game yang menarik, dia boleh tolong korang exercise (ehem). Exercise sambil main game tu. Rare dan menarik. Ramai la gamers yang turun berat badan lepas ni.

Bila Pokemon Go di Malaysia?

Buat masa ini, belum ada tarikh release untuk game Pokemon Go di Malaysia ini. Nampaknya kita kena bersabar dan terus bersabar. Mereka mungkin masih test di negara-negara besar seperti US, untuk memberi servis terbaik untuk kita disini. Mungkin. Bersangka baiklah.

Sementara Menunggu Pokemon Go

Sementara tak ada aktiviti nak menunggu game Pokemon Go tiba di Malaysia, boleh tengok beberapa item yang berkaitan pokemon seperti di bawah;